Wednesday 19 December 2012

TAMAT

SALAM

ALHAMDULILLAH 
tamat segala pengajian yang di nanti nantikan beberapa tahun ini.
maka beraktif kembali lah blog ini berbicara seperti sedia kala.

MALEK IS BACK!
EH,
CIK LULUE IS BACKK!!


Like My Blog Fanpage

Saturday 15 October 2011

Aku Ade Boyfriend , Kau Ade ?

salam people,
gadis gadis kacak
juga pakwe pakwe cun.



Tentang Teman Hati:
                                                 
BF : Sayang , moto i rosak kt tepi jalan ni.
GF : Yeke? Then how ? U jage diri elok2 k, ada pape kol tau.... ... ...


Tentang Sahabat:

BF : Bro, moto aku wat hal plak dah.
BFF : Asal bro? Ko katne? Aku gi sane skrang...tunggu sne tau jgn g mne2



**************************************************************************

 kebanyakannya semua para para gadis remaja yang hangat bercenta
kemain lagi ngaplot ngaplot gambar gambar romantis mereka ke facebook.

hendak hendak yang bercinta bagai nak rak ni ha.
lepas tue last skali cauple pulak dengan orang lain.

nampak macam seolah olah tak kemana.
macam keterdesakkan ke atau aku perlu tunjuk aku ade boyfriend ke.

mungkin cukup jika hanya berlaku perkara asas semata mata
seperti in relationship atau sebagainya sewaktu dengannya

ok. ni boleh jadi hot issue , sbb nya ade jugak kawan kawan aku buat macam 2.
amat lah menyentuh sensitiviti.

ok tamat cerita kemain kemain ni.
bukan ini topik aku,

sebenarnya main topik aku ialah 

tentang teman hati
tentang sahabat.

seperti manusia biasa,
umur dah boleh gedik gedik gatal nak ada encik boyfriend/ puan girlfriend 
x terlepas juga aku
*eh, aku mana ada boyfriend , dah lama aku melamar Encik Zack tapi xda jawapan ,aku tau, dia nak belajar dulu.
galak betoi. pangg
ok cukup CL.

perbualan utama ialah

dalam sedang kita hangat dok bercinta tu, jangan dok buat seolah olah x wujud istilah kawan dalam dunia kita sebelum ni.
dulu sebelom dok hangat bercinta,
kawan jugak segala buat peneman.
skrg bila bahagia. kawan letak jauh jauh pon x pa sebab nya hari hari p makan dengan buah hati.
kaalu dulu makan dengan kawan.
sekarang kawan makan sorang je pon xpa, lantak die la..sapa suruh cari boyfriend jauh jauh / xdak boyfriend

bila putus , gadoh , rusuhan dengan Encik Boyfriend,
secara auto dan julung julung kali nya
hantar mesej kat kawan sedih la apa la jantan x guna la apa la...
ape benda la semua ni.

tak ke tercalit sedikit rasa bersalah kat dalam hati korang tu bleh jadi macam tue.

dan sebenarnya,

pandai pandai la kita seimbangkan keutamaan dalam hidup kita tu selarasnya.
kadang kadang tanpa sedar, kita luka kan hati kawan kita. 
seolah olah kawan itu hanya bila perlu sahaja.

aku tak tuju sepenuhnya ini kepada para para gadis sahaja
kadang kadang lelaki pon sama ,
macam sketsa kat atas ,
nak ayat awek dulu ,
member jugak yang tolong ,
bila dah bahagia, ajak lepak tengok bola kat mapley pon mak dah marah pulak.
konon~


* jam dah pukul 7 pagi,mungkin ak perlu tido sekarang. ok gudnite. eh , gud morning.




Like My Blog Fanpage

Aku Dan Deria Ke Enam

salam people

aku tak gila lah. tapi aku macam sure je ramai yang cakap aku gile bila aku buat tajuk entri camni.
tak salah kan kalau kita perasan sekejap kan kan...ok cukup.

deria ke enam . versi aku hebat .

dari bila aku kurang pasti ,
setiap kali aku teringat teringat la sorang dua insan dalam hidup aku ni yang dah lama gila tak contact or lost contact la kata.
esok nya , comfirm aku jumpa manusia manusia yang aku dok teringat teringat tu.
see, aku tak gila. ini semua deria ke enam kan kann ?

heh. ok, mak aku cakap aku dah terpesong .
itu semua takdir je. kamu jangan nak taksub sangat. pangg.
tapi mak aku ada cakap jugak.. biasa la tu..bila kita teringat teringat ni..
ade la tu sket angin kus kus tolak dia mai jumpa hang.
eh mak , karut ni mak . pangg
tapi deria ke enam setiap ibu kepada anak anak nye mmg wujud kan kan ..
aku betul yang ni.

kemudian
aku lepak tempat keje timah , cam biasa
bizi betul timah,maklum lah bisneswomen
jual jual kereta
timah memang pendengar setia yang bersemangat mendengar,

aku cerita cerita la dengan semangat kat timah.
ok. kali ni timah dengar apa yang aku cerita dengan keadaan yang ha ha oo..
ak rasa mesti die kata aku gile.
percayalah timah.

ok habes.
yang pasti aku tak gile.
atau mungkin aku mmg ade deria ke 5 setengah kot.
ok betul betul abes.

dah 6 hari mak aku kat vetnam ,
secara auto aku jadi mak pak bagi adik adik aku yang masih bersekolah nieh
aku masak , basuh kain , kemas umah , hantar ambik adik aku pergi sekolah , dan seangkatan nya.
tapi kenapa setiap kali mak aku balik ja. mak aku mesti cakap

' ni pasaipa rumah pepak lerak sangat ni ' - Puan Emak

tapi aku rasa aku dah jadi kakak misali dah. uhuk

agak agak kalau aku melamar Encik Zack Zukhairi die terima tak .
ok fine , aku melampau.
tapi aku misali ape..
ok cukup.
aku minat gila karek + ter dia. karek + ter dia je la.
ok . *galak sangat aih  pangg..


harini aku masak paprik. sedap betul.
ok bai.
Like My Blog Fanpage

Sunday 9 October 2011

Manusia Biasa.

salam people.
salam sahabat.

entri ringkas lagi pendek.

manusia biasa.
kita semua manusia biasa.
yang pasti x lepas dari kesilapan.

manusia biasa.
kita semua manusia biasa
kau hebat aku biasa biasa sahaja
kau belajar tinggi
tapi x guna kalu otak masih di lutut.

manusia biasa.
kita manusia biasa.
dimana sahaja kau berada
itu bukan tiket untuk kau merendah rendahkan org lain
semua manusia yang lain juga ada cita cita

manusia biasa.
kita manusia biasa.
jangan nak hina sangat manusia x berpelajaran tinggi
padahal engkau pun cuma baru terhegeh hegeh 
lain orang lain rezekinye
syukur nikmat lah.

manusia biasa.
kita manusia biasa.
jangan nak rasa bandar sangat 
kalau asal kita dari kampung
jangan nak hina sangat kawan kawan 
yang x sambung belajar tu
sebalik nya muhasabah diri
yang anda 2 beruntung
masih berkesempatan
sambung belajar.

Like My Blog Fanpage

Sunday 2 October 2011

Dalam Nenas Ada Ape ?

kisah perbualan juga segmen teka teki.

Watak Amim dalam nie ialah kanak kanak darjah dua yang debab bontotnya. Die boy . keh keh.

Watak Kak Yang dalam nie seorang kakak yang sangat penyayang. keh keh .


 *situasi Amim sedang main game di laptop , sedang Kak Yang dengan kusyuk tengok Telenovela Sepanyol.
   
Amim : Kak Yang , Kak Yang pandai tak ?

Kak Yang : erk ? nape ? (ish budak ni , mentang aku tengah menganggur sekarang)

Amin : Kalau Kak Yang boleh jawab soalan Amim , Kak Yang la orang yang paling hebat di dunia. *(Amim punya ayat tak ley bla kan??

Kak Yang : Eleh , pernah Kak Yang bagi jawapan salah kat semua soalan soalan mengarut Amim ?

Amim : Kak Yang jangan berlagak la dapat jawab , tapi kalau tak dapat jawab , belanja Amim KEpCI.

Kak Yang : Erk ~ ha apa die ?

Amim : DALAM NENAS ADA APA ?

Kak Yang : (=_=)'' Amim nie takde ke soalan mencabar jiawa raga sket . alamak .

Amim : Eleh. tahu ke jawapan nye ape? * sambil jeling jeling guna anak mata

Kak Yang : Amim (*memulakan tazkirah) tahukah Amim bahawa didalam nenas itu ada isi, dimana kita perlu mengupas dulu kulit die. lepas tu buang plak duriduraduru yang ada sekeliling nenas tu. dlm nenas tu ada isi jela.mana ada bijik macam buah betik epal kedondong sume tu. paham?


Amim : SALAH ! ahahahhahah


Kak Yang : (=.=)'' erk ! kenapa pulak ? !


Amim : Salah . Cube Kak Yang pikir betul betul . . 


Kak Yang : (Benda ape lagi yang ada dalam nenas , *time ni mmg aku nak mesej je sume orang , tanya benda apa yang ada dalam Nenas, aku telah diperkecilkan oleh seorang budak darjah dua , err err ) 


Amim : Kita nak makan kat Kepci mana Kak Yang ?

Kak Yang : (eh budak ni)..herghh...apa jawapan nye ? 


Amim : SPONGEBOB la Kak Yang oi ..* terus berpadu menekan nekan keyboard laptop . * sengih kerang busuk.


Kak Yang : Sapa ajaq ang nieh ?! !@#$%^&*


Amim : Ada lagi ni..nak jawab tak? 
             bawah batu ade ape?
             dalam kepala ade ape?
             dalam peti harta karun ade ape?


Kak Yang : ee budak ni..( =_=)''


*******************************************


(:









Like My Blog Fanpage

Sunday 25 September 2011

Bila Dah Hilang , Baru Tahu Menghargai.







Salam Ahad Para Para Sakura Semua.
Hujan Sedang Membasah Bumi Di Sini
Desir Angin Masih Kedengaran Di Anak Telinga.
Teringat Sebuah Cerita Yang Mungkin Patut Dilayan Tatkala Ini.
Hujan Masih Turun..Tanpa Pernah Hirau Apa Yg Dibasahi



Suatu Masa Dulu..Bukan Di Zaman Purba Pasti Nya.

Sedua Purnama Lalu..

Seorang Insan Yang Telah Lama Bertaut Di Hati Gadis.
Ya. Gadis Itu Bahagia Bersama Nya.
Tanpa Pernah Membuatnya Menangis
Apatah Lagi Menyingung Perasaannya.
Apa Sahaja.Ketawa Itu Pastinya Beiringan
Tiada Kata Sayang . Cinta . Atau Kasih
Kite ! Kamu ! Saya ! Awak Itu Jarang Terpanggil..
Dengan Pelat Perak Yang Sangat Pekat...
Berbuat Gadis Sentiasa Berasa Aman Selesa
Bersama Nya Dengan Jenaka Tak Pernah Membuat
Si Gadis Bermuram Durja

Ipoh
Hebat Ipoh Ini. Macam Macam Pon Ade.
Kehidupan Gadis Dan Encik Sayang.
Keduanya Berkerja Di Waktu Siang Hari..
Dan Ipoh Selalunya Hujan Bila Malam..
Semestinya Malam Juga Lah Menjadi Masa Untuk
Keluangan Masa Bersama


Si Gadis ::

"Hey Kamu,Sy Nak G Tgk Wayang,Citer Hantu Bonceng,Nk Tgk.Nk Tgk Nk Tgk..Hari Ni Jgak!"

"Kamu Syg,Jom P Makan Kat Dataran Nakk..? Lapaq Char Kuey Tiaw Plak"

"Kamu,Napa Ramai Org Lepak Padang Ipoh? Best Ke ? Jom Lepak Malam Nie?

"Kamu,Mcd Kuar Set Dinner Yang Lam Kotak 2..Comel Gila.Jom P Try ?

"Kamu,Nak Cari Selendang . Kat Gm .Malam Ni.Kamu Teman La Ok ?"

"Kamu,Banyak Masa Lagi Nieh. Movie Start Pukul 6. Kita P Lepak Secret Recipe 2 Jam. Pastu 2 Jam Lagi Kita Duduk Kfc Pulak . Heeeeee"

"Kamu,Nak Cari Kasut Kat Gerbang Malam . Jom? "

"Kamu, ...."

"Kamu, ...."

"Kamu, ...."

"Kamu, ...." Itu ....

"Kamu, ...." Ini ....





Sekarang 'Kamu' Dah Takde, Sigadis Tahu 'Kamu' Bukan Memutuskan Hubungan Atau
Meninggalkannya . 

'Kamu' Kini Jauh..

'Kamu' Terpanggil Untuk Latihan. 6 Purnama. 


Untuk Si Gadis..
Hati Siapa Yang Tak Runtuh , Hati Siapa Yang Bersedia
Bila Masa Yang Tinggal Hanya Kurang Seminggu Untuk Bersama.

"Kalau Rindu Nanti Macam Mana?" - Gadis.
"Kamu Jgn Ckp Pasal Rindu,Sy Lagi Rindu Kat Kamu Nanti, Tahu ?" - 'Kamu"




Bisik Si Gadis ::


'Kamu'
Tahu Tak ?

Sapa Nak Teman Saya Makan Kat Dataran Sambil Tengok Tb Kat Dataran  2?
Takde Sape..Dan Saya Memang Tak Pergi Dah Sekarang.

Sapa Nak Teman Saya Lepak Kat Tengah Tengah Padang Ipoh  Dan Duduk Tempat Paling Atas Kat Tempat Penonton  Sambil Tepis Tepis Nyamuk?
Takde Sape..Dan Saya Memang Tak Pergi Dah Sekarang.

Sapa Nak Teman Saya Buat Keje Gila Makan  Sepuas Puasnya Mcd Family Box ?
Takde Sape..Dan Saya Memang Tak Buat Dah Sekarang.

Sapa Nak Teman Saya P Gm Semata Mata Nak Beli Sehelai Selendang Je?
Takde Sape..Hanya “Kamu”

Sapa Nak Teman Saya Buat Keje Gila Makan Secret Recipe , Direct Kfc Pulak…Sebab Tak Tahu Nak Lepak Mana Dah Sementara Tunggu Movie.
Takde Sape,Kerana Hanya “Kamu” Yang Larat Melayan Kerenah Saya.

Bahu Sapa Yang Saya Nak Tumpang Masa Cuba Kasut Kat Gerbang Malam?
Xde Sapa..Hanya Kamu Yang Setia Melayan.Apa Sahaja..



“Kamu”

Maafkan Saya Pada Awal Nya Hubungan Ini Bersemi Semula Saya Meragui “Kamu” Dan Tidak Mengendahkan “Kamu” Sehingga “Kamu’ Terusik Seketika Dahulu.

Maafkan Saya  Membuat “Kamu” Bersusah Payah Datang Dari Jauh Saban Minggu.

Maafkan Saya Buat “Kamu” Menunggu Setiap Kali Berjumpa..Lebih Lebih Lagi Bila “Kamu” Tunggu Kt Tembok Tepi Longkang Kat Mcd Aritu. :(

“Kamu”
Maafkan Saya Untuk Perkara Terbesar Saya Buat Untuk Kali Terakhir Sebelum Kamu Berangkat Kesana.

Saya Mungkir Janji Untuk Berjumpa Kamu Sedangkan Saya Tahu Hanya Itu Lah Kali Terakhir Untuk Kita Berjumpa.

Walau Saya Tahu Kamu Sangat Bersungguh Sungguh Untuk Turun Ke Ipoh.
Walau Saya Tahu Kamu Tak Punya Banyak Masa Lagi Dah.

 Ye. Saya Salah . 

Dan Saat Itu “Kamu” Kecewa Dengan Saya.
Maafkan Saya “Kamu”.



*********************************************************************
Ya , Gadis Ini Sedang Keciwa Dengan Hebatnya Sekarang.

*********************************************************************


Sedang gadis membelek belek dompet gelap nipis nya itu,,
Terselit 2 token mainan . .
Entah kenapa sebak meresap hati . .
Walhal ia hanya token .

“kamu,main game nie lepas abeh movie lah,nak start dah nie..”

*habis movie

“kamu,next time kite kuar, kite men la game nieh..dah lewat ni,sian kamu tu nak balik tengah tengah malam jap g,dah la jauh”

Dan token itu sehingga kini masih tersimpan oleh si gadis.
Masih ingatkah kamu kepada aku selepas 6 bulan kelak.
Selepas aku mengecewakan kamu.

*********************************************************************
Antara depan mata dan setelah kejauhan….
Mungkin benar kata orang..bila dah takde,baru nak menghargai.








Like My Blog Fanpage

Friday 23 September 2011

Bila Isteriku Resign Sebagai Isteri . Alamak !

cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... ... ... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..............................
....................................seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburuk buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....














=)

aku x tahu nak kredit kat siapa untuk entri ni . Kerana aku sangat suka Cerita Ini.


Like My Blog Fanpage