hembusan bayu
membawa seribu ketenangan
tatkala diri lagi dalam kegelapan
laut...
pernah menjadi santapan
bagi setiap masalah yang merungsing
kini laut jauh...
jauh beribu batu
apa yang hendak di santap selepas ini.
laut itu biru
tenang
tiapnya nya bergelora
seperti jua aku
memberantakan otak penuh duri remaja
arghhh..
tidak peduli
redah
bagai tiada siapa di sekeliling
lupa
masih berderet insan insan
berdarah sealir
cuma aku yang deras
konon remaja
ahhh
lantakkan
lemas
riang terkicau kicau
jiwa berkokok kokok
raga mengerang ngerang
remaja
mimpi
membentak jiwa
membangunkan hayat
sadar kau sadar
wahai anak
hanya di dunia
pasti tidak selamanya
dunia
bagai menelan nelan jasad
bila kepala meledakkan bom
ya.
bagai terhempas di atas duri
lemah x bernyawa
bagai badai membenarkan jiwa
pergi di siat siat
setiapnya.
insan
yang beriringan pasti
di belakang
menanti
pulanglah...
syukur
duniamu belum berakhir.
No comments:
Post a Comment